Thursday, October 10, 2013

Mana Mampu

Sedih..
Kecewa..
Marah...

Bila kita rasa kita tak mampu nak jadi yang terbaik dalam semua benda,tak mampu jadi yang terbaik untuk semua orang...

Kita berusaha,tapi lain orang lain caranya..cara mereka pandang tak sama dengan cara kita pandang.Bagi kita Alhamdulillah,sudah cukup bagus,bagi mereka? "Huh,buat kerja macam apa..."

Kita berusaha, jadi anak yang soleh solehah,jadi kawan yang baik,jadi teman yang menyenangkan,bagi kita kalau boleh semua nak baik baik,tak nak gaduh gaduh..bagi mereka? "Asal ada masalah je moody,malas lah layan kau"

Memang..kita tak kan mampu untuk penuhi semua permintaan,harapan orang sekeliling.Kerana kita juga sering dilanggar masalah.Saat kita senang,jangan lupa pada mereka yang dilanda masalah.Saat kita punya masalah kita sebenarnya memerlukan seseorang yang boleh bantu kita,paling tidak bagi sokongan moral.bagitu juga dengan orang lain.

Selalu buruk sangka.husnuzon lah.belajar,didik lah diri.tiada satu orang pon yang mahu bermuka masam bila berhadapan dengan orang.sepatutnya dekatkan diri,tanya apa masalah,awak okey ke.. Bukannya diam menjauhkan diri dan membuat andaian sendiri!

Ikhlas.ikhlas lah dalam apa jua hubungan.jangan ada maksud tersirat.terima satu sama lain seadanya.kerana itu menunjukkan kita terima dia dn dia terima kita kerana kita sendiri bukan sebab lain. 

Jangan sampai hilang dia,rugi. RUGI bukan boleh tengok straight depan mata,mungkin seminggu,mungkin bulan depan atau masa akhirat nanti kita rugi. Rancangan Allah,siapa tahu bukan?

Jadi diri sendiri,jangan ikut telunjuk orang.telunjuk orang suruh kita ke arah kebaikan kita turut,tapi bila mana telunjuk nya jelas memesongkan kita dan membawa keburukan pada kita, mohon JANGAN.


Jangan mengharapkan orang lain untuk jadi SEMPURNA kerana orang lain juga akan mengharapkan anda sempurna. 

Boleh ke kita jadi sempurna?

TAK MAMPU,ye sesungguhnya kita TAK MAMPU